* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Marc Robert Wilmots (lahir 22 Februari 1969) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang kini sebagai pengurus untuk pasukan kebangsaan Belgium sejak Mei 2012. Beliau juga merupakan ahli politik. Beliau merupakan penjaring terbanyak sebagai pemain Belgium di Piala Dunia dengan menjaringkan lima gol.
Kerjaya kelab
Dalam kerjaya kelabnya pada 1987, Wilmots bermain untuk Sint-Truiden, Mechelen, Standard Liège, Schalke 04 dan Bordeaux. Di Schalke, beliau membantu kelabnya untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala UEFA 1997 menentang Inter Milan. Pada perlawanan pertama, Schalke menang 1-0 hasil jaringan Wilmots pada minit ke-70 namun pada perlawanan kedua, Inter Milan membalas dengan keputusan 1-0 di mana keputusan agregat 1-1 dan terpaksa ke penentuan tendangan penalti. Wilmots menyudahkan gol kemenangan untuk Schalke apabila Schalke menang dalam sepakan penalti 4-1. Ketika bersama Schalke, penyokong memberikan gelaran pada Wilmots iaitu "Das Kampfschwein" yang bermaksud "The Warpig" dalam bahasa Inggeris.[1] Di Belgium, beliau terkenal dengan nama Bull Dongelberg, merujuk kepada tempat lahirnya.[2]
Kerjaya antarabangsa
Untuk pasukan kebangsaan Belgium, Wilmots menjaringkan 28 gol dalam 70 kaps di mana debut beliau pada Mei 1990. Beliau telah ke pentas Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 1990, 1994, 1998, 2002[3] menjadikan beliau sebagai pemain Belgium dengan penjaring terbanyak di Piala Dunia. Beliau sebenarnya menjaringkan gol dalam Piala Dunia 2002 pada peringkat 16 kelayakan menentang Brazil namun tidak disahkan oleh pengadil Peter Prendergast pada separuh masa pertama. Namun pengadil tersebut meminta maaf kepada beliau akibat perbuatan pengadil itu tadi.
Wilmots juga bermain di Euro 2000,[4] di mana Belgium menjadi tuan rumah bersama Belanda.[5]
Wilmots menjadi pengurus bola sepak pada musim panas 2004 untuk Sint-Truidense tetapi dilucutkan pada Februari 2005. Pada tahun 2009 sehingga 2012, beliau menjadi pengurus asisten untuk pasukan kebangsaan Belgium di bawah Dick Advocaat dan kemudian Georges Leekens.[6] Pada 15 Mei 2012, berikutan Leekens berundur, Wilmots menjadi pengurus Belgium yang baharu sehingga Jun 2014.
Pada 11 Oktober 2013, Wilmots berjaya membawa skuad Belgium ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[7] Wilmots berjaya membawa skuadnya ke suku akhir sebelum tumpas kepada Argentina 0-1.
^"The host countries". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 14 May 2000. Dicapai pada 25 May 2012.
^"Principeakkoord KBVB – Wilmots" (dalam bahasa Dutch). footbel.be. 28 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 28 September 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)