Mantel gas

Mantel pelita gas putih Coleman sedang terbakar pada kecerahan penuh
Mantel gas di lampu jalan dalam keadaan sejuk...
... dan panas

Mantel gas pijar, mantel gas atau mantel Welsbach ialah satu perkakas yang menjana cahaya putih terang apabila dipanaskan di atas api. Namanya merujuk kepada sumber haba asalnya di dalam lampu-lampu gas yang menerangi jalan raya Eropah dan Amerika Utara pada akhir kurun ke-19, mantel merujuk kepada cara ia tergantung di atas api. Pada hari ini, ia masih digunakan dalam pelita-pelita perkhemahan, lampu tekanan minyak tanah dan sesetengah pelita.

Mantel gas biasanya dijual sebagai bahan fabrik yang, disebabkan oleh pengisitepuan dengan nitrat logam, menghasilkan jaringan logam oksida yang tegar tetapi rapuh apabila dipanaskan sewaktu penggunaan awal; logam oksida ini menghasilkan cahaya daripada haba api apabila digunakan. Torium dioksida ialah komponennya yang utama, tetapi oleh sebab keradioaktifan torium, timbul kebimbangan terhadap keselamatan mereka yang terlibat dalam penghasilan mantel-mantel. Namun, penggunaan seharian mantel gas tidak membawa sebarang ancaman kesihatan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.