Ditubuhkan Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPKL adalah hasil gabungan 3 majlis tempatan iaitu :
Majlis Tempatan Sungai Jarom.
Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
Lembaga Bandaran Kuala Langat.
Sanitary Board.
Keluasan Kawasan Pentadbiran
Awal penubuhan 3.7 batu persegi (9.6 kilometer persegi).
2001 bertambah kepada 62.294 kilometer persegi.
2006 bertambah kepada 857.70 kilometer persegi termasuk 3 batu nautika.
Jumlah Pegangan
Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30,000.
Dari pelbagai jenis seperti pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian dan pertanian.
Tahun
Jumlah Penduduk
1991
46,588
2001
97,405
2011
272,893
Pada 1 Mac 2020, Majlis Daerah telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat yang merangkumi seluruh daerah Kuala Langat.[1]
Misi, Visi & Objektif
Misi
Merakyatkan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap seiring dengan perkembangan teknologi menerusi pembangunan secara saksama dan bertanggungjawab melalui tadbir urus yang inovatif untuk kesejahteraan rakyat
Visi
Kuala Langat perbandaran maju, dinamik, lestari dan terbilang menjelang tahun 2020.
Objektif
Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MPKL.
Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat.
Memperkasa tadbir urus MPKL teknologi semasa.
Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat.
Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.