Mackenzie Christine Foy (lahir November 10, 2000) ialah seorang model dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Renesmee Cullen dalam filem 2012, The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 yang mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Artis Muda bagi kategori Pelakon Wanita Muda Sokongan Terbaik dalam Filem,[1][2] dan sebagai Murphy dalam filem 2014, Interstellar dimana beliau menerima pujian kritis dan memenangi beberapa anugerah.
Kehidupan awal
Mackenzie Foy dilahirkan pada November 10, 2000 kepada Steven dan Karrie Foy, seorang pemandu trak dan pekerja separuh masa. Beliau dilahir dan dibesarkan di Los Angeles.[3] Foy mula menjadi model ketika berumur 3 tahun dan mula berlakon ketika berumur 9 tahun.[4]
Pada tahun 2014, Foy muncul dalam Black Eyed Dog. Pada bulan Februari 2012, beliau menyertai barisan pelakon The Conjuring.[8] Pengambaran bermula pada Februari 21 di Carolina Utara dan filem ini ditayangkan pada bulan Julai 2013.[9] Pada bulan Februari, beliau muncul dalam episod terakhir musim kedua siri TV, R. L. Stine's The Haunting Hour dimana beliau berlakon sebagai Natalie.[10]
Pada Oktober 10, 2012, Foy menyertai Wish You Well sebagai pelakon utama.[11][11] Pada November 17, 2012, Foy berada dalam episod lain R. L. Stine's The Haunting Hour, melakonkan watak Georgia Lomin.[12]
Foy membintangi filem Christopher Nolan, Interstellar. Beliau menyuarakan watak Violet dalam The Boxcar Children (2014) dan juga menyuarakan watak Perempuan Kecil dalam The Little Prince (2015).