Lungsin dan pakan merujuk kepada dua komponen utama yang digunakan untuk menganyambenang menjadi suatu kain atau fabrik. Lungsin atau loseng merujuk kepada benang anyaman yang memanjang pada kain yang ditenun[1] manakala pakan ialah benang anyaman yang mendatar dan menyilang merentasi benang lungsin itu.[2][3]
Benang pakan cederung kurang kuat berbanding benang lungsin kerana ia tidak perlu diregangkan sekuat-kuatnya ketika ditenun. Ia dahulunya ditenunnya menggunakan akik tangan namun cuban atau jet udara khas kini lebih digunakan untuk tujuan tersebut.
Rujukan
^"'lungsin' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2018.
^"'pakan' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2018.
^"Weft". The George Washington University Museum and The Textile Museum (dalam bahasa Inggeris). Washington, DC: George Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-10. Dicapai pada 10 Ogos 2017.