Luncur air
di Sukan Olimpik XXXII |
---|
|
Tempat | Pantai Tsurigasaki, Chiba |
---|
Tarikh | 25–27 Julai 2021 |
---|
Bil. acara | 2 |
---|
Pesaing | 40 dari 18 negara |
---|
|
Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2021 di Pantai Tsurigasaki, Chiba. Perlawanan ini merupakan kemunculan sukan luncur air yang pertama dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Hanya dua acara dipertandingkan iaitu papan pendek lelaki dan wanita melibatkan 40 peserta dari 18 negara.
Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun telah ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]
Pengenalan
Sukan luncur air muncul buat pertama kali di Sukan Olimpik pada edisi 2020. Seramai 40 atlet menyertai acara ini menjadi kumpulan atlet pertama yang bertanding dalam sukan ini. Sebanyak dua acara dipertandingkan.
Brazil dan Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang meraih pingat emas dalam sukan ini. Jepun pula menjadi negara paling banyak merangkul pingat dalam sukan ini iaitu dua pingat (satu perak dan satu gangsa). Afrika Selatan dan Australia juga merupakan negara terawal yang meraih pingat dalam sukan ini iaitu satu pingat perak untuk Afrika Selatan dan satu pingat gangsa bagi Australia.[2]
Penyertaan
Jadual
Kata kunci
H
|
Heats
|
SU
|
Suku akhir
|
SE
|
Separuh akhir
|
A
|
Akhir
|
Jadual
Tarikh Acara
|
25 Jul
|
26 Jul
|
27 Jul
|
Papan pendek lelaki
|
R1
|
R2
|
R3
|
SU
|
SE
|
A
|
Papan pendek wanita
|
R1
|
R2
|
R3
|
SU
|
SE
|
A
|
Peringkat akhir diawalkan dari 28 Julai kepada 27 Julai, untuk mengambil kesempatan dari ombak besar yang terjadi akibat Ribut Tropika Napartak.[3]
Pungutan pingat
Jadual pingat
* Tuan rumah (Jepun)
Pemenang pingat
Rujukan