LADEE ialah sebuah misi strategik yang direka menangani tiga matlamat sains utama:[12]
Menentukan kemampatan tuntas, rencaman dan kebolehubahan mengikut masa eksosfera qamari yang halus sebelum ia diusik lagi oleh aktiviti manusia;
Menentukan sama ada apa yang dilihat angkasawan Apollo, iaitu pancaran baur yang dilihat berpuluh kilometer di atas permukaan Bulan itu bara natrium ataupun habuk dan;
Mencatatkan persekitaran penghentam habuk (saiz-kekerapan) bagi membantu kejuruteraan seni bina buat pangkalan terpencil dan juga misi-misi robot pada masa mendatang.