Louise Archambault |
---|
Archambault pada Miami International Film Festival |
Warganegara | Kanada |
---|
Pekerjaan | Pengarah, penulis skeip |
---|
Tahun aktif | 2000an - kini |
---|
Karya terkenal | Familia, Gabrielle |
---|
Pasangan | André Turpin |
---|
Louise Archambault (lahir 1 Januari 1970) ialah pengarah dan penulis skrip Kanada.[1][2] Filemnya yang terkenal ialah Familia, yang memenangi Anugerah Claude Jutra pada 2005,[3] dan filem Gabrielle, yang memenangi Anugerah Skrin Kanada untuk Filem Terbaik pada 2014.[4][5][6]
Beliau telah mengarahkan banyak filem pendek, termasuk Atomic Saké, Lock, Petite Mort dan Kluane. Filemnya Gabrielle dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013,[7] dan memenangi dua Anugerah Skrin Kanada ke-2, untuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik untuk Gabrielle Marion-Rivard.[8]
Filwm ketiganya, And the Birds Rained Down, sebuah adaptasi dari novel oleh Jocelyne Saucier bertajuk Il pleuvait des oiseaux, dikeluarkan pada 2019.[9] Filem keempatnya, Thanks for Everything (Merci pour tout), juga dikeluarkan pada tahun yang sama.[10]
Beliau ialah lulusan Universiti Concordia di Montreal.[11][12] Beliau berkahwin dengan ahli sinematografi André Turpin.[13][14]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|