JSF dibangunkan berdasarkan keperluan untuk pesawat pejuang baru bagi mengantikan pesawat-pesawat sedia ada. Kontrak pembangunan JSF telah ditandatangani pada 16 November1996.
Kontrak untuk Sistem Pembangunan dan Demonstrasi telah dianugerahkan pada 26 Oktober2001 kepada Lockheed Martin, yang mana pesawat X-35 telah berjaya mengalahkan Boeing X-32. Pegawai Jabatan Pertahanan A.S dan Menteri Perolehan Pertahanan UK, William Bach telah menyatakan bahawa keupayaan pesawat X-35 secara konsistennya adalah lebih baik berbanding X-32, meskipun keupayaan kedua-dua pesawat ini sebenarnya melepasi keperluan yang digariskan.
Loji kuasa: 1× Pratt & Whitney F135turbofanlepas bakar digandingkan dengan Sistem Angkatan Rolls-Royce Lift untuk menghasilkan tujahan angkatan 18,000 lbf (80 kN)