Mesin coklat (kanan) mengisar dan memanaskan biji koko menghasilkan sari coklat kemudiannya dicampurkan susu, gula, dan bahan-bahan lain ke dalam melanger (kiri)
Sari coklat (bahasa Inggeris: chocolate liquor) atau sari koko (cocoa liquor)[1] ialah perahan lumatan biji koko yang telah ditapai, dikeringkan, dibakar, dan dibuang kulit; ia dibentuk pejal atau separa pepejal.[2] Seperti biji koko (uraian) yang dihasilkan, ia mengandungi pepejal koko dan mentega koko dalam kadar nisbah yang hampir sama.[3] Ia diasingkan kepada pepejal koko dan mentega koko ataupun disejukkan dan dibentuk menjadi blok coklat mentah. Kegunaan utamanya (selalunya dengan tambahan mentega koko) adalah membuat coklat.
Sari coklat mengandungi kira-kira 53 peratus lemak mentega (lemak), kira-kira 17 peratus karbohidrat, 11 peratus protein, 6 peratus tanin, dan 1.5 persen teobromina.[4]
^liquor dalam konteks ini kata Inggeris lama bermaksud "cecair". Lihat: Douglas Harper. "liquor". Online Etymology Dictionary. "[sekitar tahun] 1200, likur "any matter in a liquid state, a liquid or fluid substance [sebarang jisim dalam bentuk cecair, bahan yang cecair atau mengalir]",..."