Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak Lebuhraya Link Timur–Barat adalah sambungan daripada Lebuhraya Persekutuan dari Seputeh ke Taman Connaught di Cheras. (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Timur-Barat laluan LP 4 dari Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan) Lebuh raya ini adalah sebahagian daripada Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Tenggara.
Sesetengah peta melabelkan bahagian lebuh raya ini dari Persimpangan Seputeh ke Persimpangan Salak Selatan sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Persekutuan LP 2 (FHR2), tetapi tanggapan tersebut adalah tidak tepat memandangkan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dikendalikan oleh Metacorp dan bukannya oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menyelenggara sebahagian besar bahagian Lebuhraya Persekutuan. Pada tahun 2007, lebuh raya ini dikodkan sebagai Lebuhraya Link Timur–Barat bersama-sama dengan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.
Sejarah
Lebuh raya ini dibina pada tahun 1992. Bahagian pertama Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dari Seputeh ke Persimpangan Salak (sambungan bagi Lebuhraya Persekutuan) telah dinaik taraf kepada enam lorong pada tahun 1993. Lebuh raya ini akhirnya siap dan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada Ogos 1994.
Pautan luar
- ANIH Berhad (Dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation Sdn Bhd)
|
---|
Antara negeri | | |
---|
Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Selangor | |
---|
Iskandar Malaysia dan Johor | |
---|
Pulau Pinang (Seberang Perai dan pulau) | |
---|
Kedah dan Perak | |
---|
Sabah, Sarawak dan Labuan | |
---|
Sabah dan Sarawak | |
---|
Lain-lain | |
---|
Lebuhraya yang dicondongkan sedang dibina, manakala yang dikelabukan masih dalam perancangan |