Lawrence Gene David (lahir 2 Julai 1947)[1] ialah seorang pelawak, pelakon dan penulis skrip Amerika Syarikat.[2] Beliau pencipta dan penerbit (selama tujuh musim) bersama Jerry Seinfeld menghasilkan siri televisyen Seinfeld, beliau juga memainkan peranan utama dalam siri Curb Your Enthusiasm untuk HBO sebagai penulis skrip dan pelakon utama sejak tahun 1999.[3]
Penglibatan beliau dalam siri Seinfeld memnangi dua Anugerah Emmy Primetime tahun 1993 dalam kategori Siri Komedi Terbaik (Outstanding Comedy Series) dan Pencapaian Penulisan Siri Komedi Terbilang (Outstanding Individual Achievement in Writing in a Comedy Series). Beliau juga dicalonkan 27 kali untuk Anugerah Emmy Primetime dan tiga kali dalam Anugerah Golden Globe.
Pada 2017, suatu siri dokumentari sejarah PBS tahun berjudul Finding Your Roots mengisahkan salasilah keluarga selebriti terkenal mendapati dalam kajian mereka bahawa Larry sendiri mempunyai pertalian jauh dengan ahli politik terkenal Amerika Syarikat, Bernie Sanders;[10] secara kebetulan pula Larry melakonkan watak senator tersebut dalam siri sketsa satira Saturday Night Live sejak tahun 2016.
Kerjaya komedi
Pengajiannya di College Park memutik minatnya terhadap komedi.[11] Beliau menjadi seorang pelawak sambil bekerja sambilan sebagai kerani, pemandu limosin dan sejarawan di kejiranan Hell's Kitchen di Manhattan.[12] Beliau kemudiannya menjadi penulis skrip untuk siri FridaysABC (1980 hingga 1982) dan siri Saturday Night LiveNBC (1984 hingga 1985).[13][14]