Lagenda Budak Setan 2: Katerina

Lagenda Budak Setan 2: Katerina
PengarahSharad Sharan
Lakon layarSharad Sharan
Berdasarkan"Katerina" oleh Ahadiat Akashah
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehKate James
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
29 November 2012
Masa tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 2,106,378

Lagenda Budak Setan 2: Katerina merupakan filem drama romantik Malaysia 2012 merupakan filem susulan selepas Lagenda Budak Setan yang diarahkan oleh Sharad Sharan. Filem ini menampilkan watak utamanya seperti Farid Kamil, Maya Karin, Lisa Surihani dan Siti Khatijah. Astro Shaw Sdn. Bhd. telah bertindak sebagai syarikat penerbit bagi filem ini. Filem ini ditayangkan pada 29 November 2012.

Trivia

Diawal pembikinan filem Lagenda Budak Setan yang pertama, Maya Karin telahpun diberikan kepercayaan untuk memegang watak Katerina. Namun disebabkan jadual kerjanya yang padat pada ketika itu membuatkan beliau terpaksa menolak tawaran tersebut. Kemudian, watak tersebut diberikan kepada pelakon Nur Fazura. Untuk sekuel filem ini, sekali lagi Maya Karin telah ditawarkan untuk melakonkan watak Katerina dan akhirnya beliau menerima tawaran tersebut selepas menolaknya pada tahun 2010.

Sinopsis

6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu (Lisa Surihani) Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah (Sharifah Zahra), bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina (Maya Karin) juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar membuatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Katerina sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea (Marissa Yasmin). Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa sehingga hampir membunuh dirinya selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima Kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean (Zack Kool), punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika yang sama, Hisyam (Bront Palarae), bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis. Kasyah bekerja dengan rakan niaganya setelah dia diberhentikan kerja oleh Sofean. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah (Lana Nordin) dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran. Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam.


Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar(Azri Iskandar). Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi.., tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya.

Pelakon

Rujukan

Pautan luar