L'Aquila [ˈlaːkwila] LAH-kwee-lah (makna: Helang) ialah sebuah bandar raya di Itali tengah. Ia merupakan ibu kota kawasan Abruzzo dan sebuah Daerah L'Aquila. Bandar raya ini mempunyai populasi seramai 72,913 orang. Terletak antara dinding-dinding zaman pertengahan di atas satu bukit dalam lembah Sungai Aterno yang luas, ia dikelilingi Gunung-ganang Apennine, dengan Gran Sasso d'Italia di timur laut.