Cek mek molek (Jawi: چيق ميق موليق) atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang berasal dari Kelantan. Ia diperbuat dengan ubi keledek berwarna jingga yang dilenyekkan dan tepung gandum sebagai adunan dan gula sebagai inti, kemudian digoreng rendam.[1]
Nama
Kuih cek mek molek mendapat namanya, sedemikian kerana bentuknya yang bujur, licin dan molek.
Penyebaran
Kuih cek mek molek dibuat dan dijual di seluruh Malaysia. Ia biasanya dijual secara harian, dan mudah dijadikan kuih petang. Ia juga ada dijual di pasar malam dan tidak perlu ditempah lebih awal.
Dalam budaya popular
Cek Mek Molek juga merupakan judul sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Datuk M. Daud Kilau, dan juga oleh Zahid AF2.
Rujukan
Pautan luar