Kriket Ujian (test cricket) adalah satu bentuk perlawanan kriket. Nama "Test" berasal daripada idea bahawa perlawanan ini merupakan "ujian kekuatan" dari kedua-dua pihak.[1] . Ia adalah format yang sangat berprestij yang hanya boleh dimainkan oleh 12 pasukan kebangsaan yang diperakui oleh Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).[2]
Istilah ini pertama kali digunakan untuk perlawanan antara England dan Australia pada 1861-1862. Perlawanan Tes kriket dimainkan antara dua pasukan selama 5 hari, dengan setiap hari terdiri daripada 3 sesi, setiap sesi berlangsung 2 jam. Setiap pasukan mempunyai 11 pemain.
Status Kriket Ujian
12 pasukan yang diperakui oleh ICC ialah:
- Australia (15 Mac 1877)
- England (15 Mac 1877)
- Afrika Selatan (12 Mac 1889)
- Hindia Barat(23 Jun 1928)
- New Zealand}} (10 Januari 1930)
- India (25 Jun 1932)
- Pakistan (16 Oktober 1952)
- Sri Lanka (17 Februari 1982)
- Zimbabwe (18 Oktober 1992)
- Bangladesh (10 November 2000)
- Ireland (11 Mei 2018)
- Afghanistan (14 Jun 2018)
Referensi