Kolej Vokasional Kuala Selangor atau nama ringkasnya KV Kuala Selangor atau KVKS, merupakan sebuah kolej vokasional yang terletak di Bestari Jaya atau dahulu dikenali sebagai Batang Berjuntai.
Pada 2018, Kolej Vokasional Kuala Selangor memiliki 256 pelajar lelaki dan 376 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 632 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang pensyarah daripada pelbagai bidang.2018
Visi & Misi
VISI
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul
MISI
Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti
Sejarah
Sebelum ini Kolej Vokasional Kuala Selangor dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (8 Mac 1999). Seterusnya pada tahun 2013, ia dinaik taraf kepada Kolej Vokasional selaras dengan pelan transformasi pendidikan vokasional dibawah Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus dan Pengajian Yang Ditawarkan
Kolej Vokasional Kuala Selangor menawarkan pengajiian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi kursus teknologi yang ditawarkan. Berikut merupakan kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Kuala Selangor :
Pemasaran
Perakaunan
Teknologi Animasi 3D
Teknologi Komputeran (dahulunya Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikas Web)
Bakeri Dan Pastri
Seni Kulinari
SLDN Perabot
SLDN Penyediaan Makanan (telah ditutup)
Syarat-syarat Kemasukan
Warganegara Malaysia
Menduduki PT3 tahun semasa di sekolah kerajaan ATAU bantuan kerajaan
Sihat tubuh badan & Tidak rabun warna @ buta warna
Minat yang tinggi dengan program yang dipohon
Minima Gred D dalam matapelajaran Bahasa Melayu & Reka Bentuk Teknologi dalam keputusan PT3
Minima Band 3 dalam matapelajaran BM, BI, MT, SN & RBTdalam pencapaian Pentaksiran Sekolah (PS)