Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), ialah sebuah institusi pendidikan di Malaysia yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., KPTMSB (547467-W) dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (KPTMSB) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sejarah
Sebelum ini, Kolej Poly-Tech MARA dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA. Pada 1 September 2003, namanya telah ditukar secara rasmi kepada Kolej Poly-Tech MARA. Ia mempunyai 1 kolej universiti dan 7 kolej cawangan yang mengendalikan program-program sepenuh masa iaitu:-
Identiti
Visi
Menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi pilihan tempatan dan serantau
Misi
- Memupuk kecemerlangan akademik dan keusahawanan ke arah mencapai potensi individu yang optimum.
- Menerajui pendidikan holistik melalui penerimaan dan pengiktirafan global.
Moto
Kecemerlangan Kerjaya Bermula di KPTM
Ahli lembaga pengarah
YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar
YBhg. Puan Nor Uyon binti Shoib
YBhg. Encik Luqman bin Ahmad
YBhg. Encik Mohd Nazri bin Mohd Deni
YBhg. Dato' Ally Azwin Bin Dato' Haji Abdul Hamid
YBhg. Encik Ismail bin Haji Junuh
Pautan luar