Koordinat: 2°49′13″N 101°37′26″E / 2.82022°N 101.62394°E / 2.82022; 101.62394
Kolej MARA Banting كوليج مارا بنتيڠ |
---|
|
Bukit Changgang LP 32 Jalan Kampung Labohan Dagang Banting, 42700, Selangor Malaysia |
|
Nama lain | KMB |
---|
Jenis sekolah | Pendidikan Pra-Universiti |
---|
Ditubuhkan | Julai 1992 |
---|
Status | Beroperasi |
---|
Pengarah | Pn. Mini Zanita binti Zakaria |
---|
Timb. Pengarah Hal Ehwal Akademik | Pn. Rosmaria binti Abdullah |
---|
Timb. Pengarah Hal Ehwal Pelajar | Pn. Noor Zilawati binti Sabtu |
---|
Sistem pendidikan | Program Diploma IB |
---|
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
---|
Slogan | Berdisiplin, Berilmu, Beramal |
---|
Nama alumni | Alumni KMB |
---|
Laman sesawang | banting.km.edu.my |
---|
|
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Kolej MARA Banting (singkatan: KM Banting) merupakan sebuah institusi pengajian pra-universiti di bawah nama Kolej MARA, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kampung Labohan Dagang, kira-kira 16KM dari bandar Banting di negeri Selangor.
Sejarah
Penubuhan kolej
Kolej MARA Banting telah ditubuhkan pada Julai 1992, dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Banting. MRSM Banting menawarkan program Diploma International Baccalaurette (IB) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1994, MARA menjenamakan MRSM Banting kepada Kolej MARA Banting[1]. Selain daripada program IB, Kolej MARA Banting pernah menawarkan program pra-universiti lain seperti Program Asasi Sains UM (1999-2000) dan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (2000-2002)[1].
Kolej MARA Banting merupakan institut yang telah ditauliahkan oleh Yayasan International Baccalaurette untuk menjalankan program Diploma IB sejak Oktober 1990[2]. Setakat tahun 2021, seramai 10,093 orang pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Diploma IB ini, di mana hampir keseluruhannya menyambung pengajian di universiti-universiti terkemuka[3].
Kemasukan
Kolej MARA Banting tidak membuka permohonan kemasukan kepada umum, sebaliknya hanya menerima pelajar tajaan penuh MARA dan juga tajaan dari penaja lain. Pelajar-pelajar lepasan SPM dari MRSM juga berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma IB ini menerusi Skim Pelajar Cemerlang[5].
Pencapaian
Akademik
Pada tahun 2021, Kolej MARA Banting disenaraikan antara institut International Baccalaurette (IB) paling cemerlang di dunia apabila mencatatkan purata markah sebanyak 40 mata, berbanding dengan catatan purata 33.02 mata yang direkodkan oleh kesemua institut IB antarabangsa[3], dalam peperiksaan IB yang telah diadakan pada bulan Mei 2021. Seramai 141 pelajar telah menduduki peperiksaan IB dengan lebih daripada separuhnya mencatatkan markah lebih daripada 40 mata[3].
Rujukan
Lihat juga