Khalid Sheikh Mohammed (Arab : خالد شيخ محمد ; juga dieja Khalid Shaikh Mohammed , dan juga dikenali dengan lebih 50 nama samaran )[ 5] [ 6] [ 7]
(lahir 1 Mac 1964, atau 6 Jun 1965) ialah seorang militan kelahiran Kuwait yang ditahan di Teluk Guantánamo atas tuduhan pengganasan , termasuk pembunuhan beramai-ramai orang awam . Beliau didakwa pada 11 Februari 2008 atas jenayah perang dan pembunuhan oleh suruhanjaya ketenteraan AS dan berdepan dengan hukuman mati jika sabit kesalahan.[ 8]
Khalid Sheikh Mohammed ialah seorang ahli pertubuhan pengganas al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden , tetapi beliau tinggal di Kuwait dan bukan Afghanistan , untuk mengetuai operasi propaganda al-Qaeda sejak sekitar tahun 1999. Laporan Suruhanjaya 9/11 mendakwa bahawa beliau alah "dalang utama serangan 9/11." Beliau juga didakwa mengakui peranannya dalam antara komplot-komlot pengganas yang paling besar pada sejak 1990-an, termasuk pengeboman World Trade Center 1993 , rancangan Operasi Bojinka , serangan yang dibatalkan pada tahun 2002 terhadap U.S. Bank Tower di Los Angeles, pengeboman kelab malam Bali , pengeboman Penerbangan 63 American Airlines yang gagal, Millennium Plot , dan pembunuhan Daniel Pearl .
Khalid Sheikh Mohammed ditangkap oleh ISI Pakistan di Rawalpindi , Pakistan pada 1 Mac 2003, mungkin dalam tindakan bersama ejen-ejen Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika, lalu ditahan oleh A.S. sejak itu. Pada September 2006, kerajaan A.S. mengumumkan pemindahan Mohammed dari sebuah penjara rahsia ke kemudahan kem tahanan Teluk Guantanamo .[ 9] Persatuan Palang Merah , Human Rights Watch dan Mohammed mendakwa bahawa layanan zalim dan seksa air yang diterimanya daripada pihak berkuasa A.S. sama dengan penyeksaan .[ 10] [ 11]
Pada Mac 2007, setelah empat tahun dikurung, termasuk enam bulan ditahan dan kononnya diseksa di Teluk Guantanamo, Khalid Sheikh Mohammed — seperti yang didakwa oleh Pembicaraan Combatant Status Review Tribunal [ 12] di Teluk Guantanamo — mengaku mendalangi serangan 11 September 2001 , cubaan meletup sebuah kapal terbang penumpang di atas Lautan Atlantik oleh Richard Reid , pengeboman kelab malam di Bali , Indonesia , pengeboman World Trade Center dan bermacam-macam lagi serangan yang dipatahkan.[ 13]
Pada 8 Disember 2008, Mohammed dan empat orang defendan bersama menghantar surat pengakuan bersalah kepada hakim ketenteraan.[ 14]
Pada tahun 2011, akhbar British The Telegraph berkata, ia menerima dokumen yang terbongkar tentang soal siasat Khalid Sheikh Mohammed di Teluk Guantanamo . Dokumen-dokumen itu memetik Khalid sebagai berkata, jika Osama Bin Laden di ditangkap atau dibunuh oleh campuran sukarelawan , sebuah sarang rahsia Al-Qaeda akan meletupkan "senjata kemusnahan besar-besaran" di sebuah "tempar rahsia" di Europe, disamping menjanjikan "malapetaka ribut nuklear".[ 15] [ 16] [ 17] [ 18] [ 19] [ 20]
Pada 31 Julai 2024, Khalid Sheikh Mohammed mengelak daripada perbicaraan hukuman mati, sebagai pertukaran untuk hukuman penjara seumur hidup.[ 21]
Rujukan
^ Ralat petik: Tag <ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC_16_March_2007
^ Times Online (15 Mac 2007). "Profile: Khalid Sheikh Mohammed" . London: Times Online . Dicapai pada 2007-08-28 . Mohammed was born in 1964 or 1965 in Kuwait but his family originated from the Baluchistan region of Pakistan.
^ "Khalid Shaikh Mohammed - The Guantánamo Docket" . The New York Times . Dicapai pada 4 April 2011 .
^ Ralat petik: Tag <ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Adnkronos2009-01-20
^ Termasuk Ashraf Refaat Nabith Henin, Khalid Adbul Wadood, Salem Ali, Abdul Majid, Abdullah al-Fak'asi al-Ghamdior, Fahd bin Adballah bin Khalid.
^ "U.S. v. Khalid Shaikh Mohammed military tribunal charges" (PDF) . FindLaw. Dicapai pada 2008-07-15 .
^ "Detainee Biographies" . Office of the Director of National Intelligence . Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-08-31. Dicapai pada 2011-07-19 .
^ "U.S. Department of Defense - Military Commissions" . Defense.gov. Dicapai pada 2010-10-06 .
^ Bush admits to CIA secret prisons , BBC News, Thursday, 7 September 2006, 04:18 GMT 05:18 UK
^ "Red Cross report; page 37" (PDF) . Fox News . Dicapai pada 2010-10-06 .
^ Mikkelsen, Randall (2008-02-05). "CIA says used waterboarding on three suspects" . Reuters. Dicapai pada 2009-11-18 .
^ "Khalid Sheikh Mohammed confession transcript" (PDF) . http://www.defenselink.mil . 10 Mac 2007. Dicapai pada 2007-08-28 .
^ "Transcript: Khalid Sheikh Mohammed confesses 9/11 role" . CNN. 2007-03-14. Dicapai pada 2007-03-14 .
^ Reuters wire service (8 Disember 2008). "Sept. 11 Defendants Ask to Plead Guilty" . The New York Times . Dicapai pada 8 Disember 2008 . "Top 9/11 suspects to plead guilty" . BBC News. December 8, 2008. Dicapai pada December 8, 2008 .
^ http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/wikileaks/8471907/WikiLeaks-Guantanamo-Bay-terrorist-secrets-revealed.html - "A senior Al-Qaeda commander claimed that the terrorist group has hidden a nuclear bomb in Europe which will be detonated if Bin-Laden is ever caught or assassinated. The US authorities uncovered numerous attempts by Al-Qaeda to obtain nuclear materials and fear that terrorists have already bought uranium. Sheikh Mohammed told interrogators that Al-Qaeda would unleash a 'nuclear hellstorm'."
^ http://www.newsmax.com/Newsfront/WikiLeaks-GuantanamoBay-al-Qaida-terrorist/2011/04/25/id/393982
^ http://www.nuclearheadlines.com/wikileaks-reveals-al-qaeda-thug-khalid-shaikh-mohammed-vowed-nuclear/
^ "Breaking news" . AFP . 25 April 2011.
^ "salinan arkib" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-02. Dicapai pada 2011-05-02 .
^ "salinan arkib" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-07. Dicapai pada 2011-07-19 .
^ "Man accused of plotting the 9/11 attacks, Khalid Sheikh Mohammed, reaches plea deal" . abc.net.au . 1 August 2024.