Kewartawanan digital atau kewartawanan dalam talian merupakan seatu bentuk kewartawanan di mana kandungan yang dijalani redaksi diterbitkan melalui Internet berbanding medium-medium yang lebih konvensional seperti pencetakan atau penyiaran. Ia difahami secara umumnya sebagai kandungan berita atau hal-semasa yang dipersembahkan dalam bentuk teks, audio, video, atau sebarang bentuk interaktif lain - sama ada dengan sendirinya atau bergabung - dan disebarkan melalui teknologi media digital.[1][2]
Sedikit halangan kemasukan, kos edaran yang kurang, serta teknologi rangkaian komputer yang pelbagai telah meluaskan amalan kewartawanan ini;[3] di mana ia dilihat telah memasyarakatkan edaran maklumat yang sbeeblum ini terkawal oleh media-media lama termasuk akhbar, majalah, radio dan siaran bergambar seperti filem berita dan peti gambar.[4]
Aadad sesetengah pihak yang berpendapat keewartawanan jenis ini dapat mengalakkan daya kreatif yang lebih banyak berbanding kewartawanan dalam media tradisional.[5]