Kesusasteraan Perancis ( Perancis: littérature françaisecode: fr is deprecated ) diberikan difinisi umum sebagai susastera yang ditulis khusus daripada rakyat Perancis dalam bahasa Perancis; ia juga boleh merujuk kepada kesusasteraan yang ditulis oleh orang yang tinggal di Perancis yang bercakap bahasa tradisional Perancis selain Perancis. Kesusasteraan Perancis juga ditulis oleh warga negara lain seperti Belgium, Switzerland, Kanada, Senegal, Tunisia, Algeria, Maghribi, dll.dalam bahasa Perancis dan negara- negara tersebut dirujuk sebagai kesusasteraan Francophone .
Sejak abad-abad dahulu, Orang Perancis mempunyai perasaan bangga terhadap kesusteraan Perancis yang menjadi salah satu aspek yang paling berpengaruh dalam kesusasteraan Eropah . [1][2] Perancis menduduki tempat pertama dalam senarai Hadiah Nobel dalam kesusasteraan.
Salah satu kesusasteraan Perancis yang pertama diketahui ialah Song of Roland, karya pertama dalam siri puisi yang dikenali sebagai, " chansons de geste ". [3]
Bahasa Perancis ialah bahasa Romantik yang diperolehi daripada bahasa Latin. Bahasa Celtic dan Frankish juga memberikan influensi yang ketara kepada Bahasa Perancis . Bermula pada abad ke-11, kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Perancis pada zaman pertengahan merupakan salah satu kesusasteraan vernakular (bukan ditulis dalam Bahasa Latin) tertua di Eropah barat dan ia menjadi sumber utama tema dalam sastera pada Zaman Pertengahan di Eropah.
Walaupun penonjolan kesusasteraan Perancis dalam Eropah telah merosot disebabkan oleh kesusasteraan vernakular di Itali pada abad ke-14, kesusasteraan Perancis mengalami evolusi kreatif yang besar pada abad ke-16 , dan melalui program politik dan artistik yang dikenali sebagai Ancien Régime, kesusasteraan Perancis mendominasi alfabet Eropah pada abad ke-17.
Pada abad ke-18, Bahasa Perancis menjadi lingua franca sastera dan bahasa diplomatik di Eropah barat (di Amerika pada tahap tertentu), dan alfabet Perancis telah memberi kesan yang mendalam pada semua tradisi sastera Eropah dan Amerika pada masa yang sama. banyak dipengaruhi oleh tradisi kebangsaan yang lain ini. Afrika dan Asia Timur telah membawa Bahasa Perancis kepada budaya luar dari Eropah yang mengubah dan menambah pengalaman sastera Perancis pada masa moden.
Di bawah unggul bangsawan Ancien Régime ("honnête homme"), semangat nasionalis Perancis pasca revolusi, dan cita-cita pendidikan massa Republik yang Ketiga dan Perancis moden, Perancis telah mempunyai keterikatan budaya yang mendalam dengan warisan sastera mereka. Pada zaman ini, sekolah Perancis menekankan kajian novel, teater dan puisi (sering dipelajari dengan menggunakkan ingatan ). Seni sastera ditaja secare lumayan oleh negeri dan hadiah sastera adalah berita utama. Académie françaisecode: fr is deprecated dan Institut de Francecode: fr is deprecated ialah institusi linguistik dan artistik yang penting di Perancis, dan televisyen Perancis menampilkan rancangan mengenai penulis dan penyair (salah satu rancangan yang paling banyak ditonton di televisyen Perancis ialah Apostrophe, [4] rancangan bual bicara mingguan mengenai sastera dan seni). Kesusasteraan sangat penting kepada rakyat Perancis dan memainkan peranan penting dalam rasa identiti mereka.
Sehingga 2022, lima belas pengarang Perancis telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan yang lebih daripada penulis novel, penyair dan penulis esei dari mana-mana negara lain. Pada tahun 1964 Jean-Paul Sartre telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, tetapi dia menolaknya, dengan menyatakan bahawa "Tidak sama jika saya menandatangani Jean-Paul Sartre atau jika saya menandatangani Jean-Paul Sartre, pemenang Hadiah Nobel. Seorang penulis mesti menolak untuk mengubahkan diri dan menjadi sebuah institusi, sungguhpun proses ini berlaku dalam bentuk yang paling mulia." [5]
Pemenang Hadiah Nobel Perancis dalam Kesusasteraan
Dalam sebahagian besar pada abad ke-20, pengarang Perancis mendapat lebih banyak Hadiah Nobel Sastera disamping dengan negara lain. Pengarang bahasa Perancis atau Perancis berikut telah memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan :
1901 - Sully Prudhomme (Hadiah Nobel pertama dalam Kesusasteraan)
Prix Décembrecode: fr is deprecated – dicipta pada tahun 1989.
Prix Femina – dicipta pada tahun 1904, walaupun penulis yang menang tidak semestinya wanita, keputusan ditentukan oleh seorang juri wanita secara eksklusif
Prix Goncourt – diciptakan pada tahun 1903, diberikan kepada penulis yang “terbaik dan prosa yang paling imaginatif pada tahun tersebut”
Prix Goncourt des Lycéens – diciptakan pada tahun 1987.
Prix Littéraire Valery Larbaud – diciptakan pada tahun 1957.
Prix Médicis – diciptakan pada tahun 1958, dianugerahkan kepada seorang penulis yang “keharuman nama yang tidak sepadan dengan bakatnya”
Prix Renaudotcode: fr is deprecated – dicipta pada tahun 1926.
Prix Tour-Apollo Award – 1972–1990, dianugerahkan kepada fiksyen sains yang terbaik dan diterbitkan dalam negara Perancis pada tahun sebelumnya.
Prix des Deux Magots – diciptakkan pada tahun 1933.
Teks utama
Zaman Pertengahan
Tanpa Nama – La Chanson de Roland (The Song of Roland)
Chrétien de Troyes – Yvain ou le Chevalier au Lion (Yvain, the Knight of the Lion), Lancelot, ou le Chevalier à la charrette (Lancelot, the Knight of the Cart)
Banyak orang – Tristan et Iseult (Tristan and Iseult)
Tanpa nama – Lancelot-Graal(Lancelot-Grail), juga dikenali sebagai puisi Lancelot or the Vulgate Cycle
Guillaume de Lorris dan Jean de Meung – Roman de la Rose ("Romantik dalam Bunga Rose")
Christine de Pizan – "The Book of the City of Ladies"
16th century
François Rabelais – La vie de Gargantua et de Pantagruel ("Gargantua and Pantagruel")
Francis Ponge (1899–1988) – Le Parti Pris des Choses
Jacques Prévert (1900–77)
Raymond Queneau (1903–76)
Négritude
Léopold Sédar Senghor (1906–2001)
Birago Diop (1906–89)
Aimé Césaire (1913–2008)
Pierre Corneille (1606–84)- Le Cid (1636), Horace
Molière – Tartuffe, Le Misanthrope, Dom Juan, L'Avare ( The Miser ), Le Bourgeois Gentilhomme, L'École des femmes ( The School for Wives ), Le Malade imaginaire ( The Imaginary Invalid )
Jean Racine – Phèdre, Andromaque, Bérénice, Athalie
Marivaux – Jeu de l'amour et du hasard
Beaumarchais – Le Barbier de Séville ( The Barber of Seville ), La Folle journée, ou Le Mariage de Figaro ( The Marriage of Figaro )
Alfred Jarry – King Ubu
Edmond Rostand – Cyrano de Bergerac
Jean Giraudoux – The Trojan War Will Not Take Place