Kesultanan Pontianak diasaskan pada tahun 1771 oleh sekumpulan pedagang Arab yang diketuai al-Sayyid Sharif Abdul Rahman al-Kadri. Beliau kemudiannya berkahwin dengan dua orang puteri iaitu puteri Panembahan Mampawa dari Palembang dan juga puteri Kesultanan Banjar. Walaupun perkahwinan ini memberikan beliau penaruh di Palembang dan Banjarmasin, beliau gagal menjadikan raja di kedua-dua kerajaan ini. Al-Sayyid Sharif Abdul Rahman selepas itu menggunakan pengaruh Belanda untuk menobatkan dirinya sebagai Sultan di Kota Pontianak pada tahun 1779[1].
Kesultanan Pontianak mencapai kemuncaknya sekitar awal abad ke-20, terutamanya setelah penemuan minyak di negeri ini.