Dua buah kereta api bertembung di Halle di Buizingen, Halle, negara Belgium pada hari Isnin, 15 Ferbruari 2010 jam 8.30 pagi waktu Belgium. Seramai 20 penumpang terbunuh.[1] Ramai yang cedera.
Dua kereta api komuter itu bertembung berhampiran stesen kereta api Buizingen, kira-kira 9 km di barat daya Brussel. Ia terletak dalam daerah Halle.
Punca dipercayai akibat salji tebal yang turun dan menyebabkan kejadian berlaku pada waktu 0730GMT.
Perkhidmatan kereta api tergendala di laluan Brussles-Paris agar kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan dengan lancar.[2]