Ia pernah dibubarkan dan diubah kepada pemerintahan republik pada tahun 1924 berikutan kekalahan dalam Kempen Asia Kecil kepada Turki. Satu rampasan kuasa tentera pada tahun 1935 telah mengembalikan takhta diraja Greece. Ia ditamatkan buat kali terakhirnya pada tahun 1974 berikutan satu referendum republik Greece berikutan suatu junta tentera yang bertahan selama enam tahun .
Seorang abangnya Petrobey, Tzanis, melaksanakan suatu pemberontakan ke atas gabenor Lakonia. Atas sebab ini, dua-dua Tzanis dan Petrobey ditahan Ioannis. Keadaan ini dianggap mencalar maruah keluargga Mavromichalis, maka seorang adiknya Konstantinos dan anaknya Giorgios bersumpah membalas dendam. Ioannis ditikam dan ditembak mati[1] selepas dikepung segerombolan pimpinan Konstantinos ketika dalam perjalanannya ke gereja Santo Spyridon di Nauplio pada 27 September 1831.[1]
Adik Ioannis, Augustinos, menggantikan beliau sebagai Gabenor. Keadaan politik Yunani semakin lama semakin tidak stabil lalu para pemimpin sepakat menjadikan Yunani suatu negara beraja demi meraih perhatian sekutu serantau lebih kuat.