Kerajaan Luwu atau Kedatuan Luwu adalah kerajaan Bugis tertua. Luwu bersama-sama dengan Wewang Nriwuk dan Tompoktikka adalah tiga kerajaan Bugis pertama yang tertera dalam epik I La Galigo, sebuah karya orang Bugis. Namun begitu, I La Galigo tidak dapat diterima sepenuhnya sebagai teks sejarah kerana dipenuhi dengan mitos, maka kewujudan kerajaan-kerajaan ini dipertikaikan. Pusat kerajaan ini terletak di Malangke, Luwuk yang kini menjadi sebahagian dari Indonesia.
Almarhum Sultan Muhammad Petta Matinro-E ri Pattimang @ Andi Pattiware' Pati Arase’ Daeng Parabung atau La Patiarase Daeng Parabbung dikenali sebagai (Andi Pattiware') Sultan Muhammad Petta Matinro-E ri Pattimang, Raja Pertama yang masuk Islam di Kerajaan Luwu.
Raja (Datu) Luwu ke 15, ( 1587-1615) Sultan Muhammad Petta Matinro-E ri Pattimang, (Datu) Raja Pertama yang masuk Islam Wangsa La Tongga Langi @ Batara Guru atau dikenali sebagai Wangsa Diraja Bugis Luwu dalam Bahasa Inggeris: House of Royal Buginese Luwu.
Kerajaan Luwu Sekarang menjadi Daerah Kabupaten Luwu, Kabupaten Luwu Utara,Kabupaten Luwu Timur, Kota Palopo di Wilayah atau Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia.
Wangsa Diraja Bugis Luwu pada Kesultanan Selangor di Malaysia dan Yang di-Pertuan Muda Riau di Indonesia.
Sejarah
P/da tahun 1889, Governor/elanda di Makassar,Braam Morr/ menganggarkan zaman kegemilangan Luwuk ada di antara kuangutarak/arang bukti. Berbeza dengan negeri Bugis lain, ekonomi Luwuk adalah berdasarkan perlombongan bijih besi dan perdagangan hasil pertukangan besi. Komoditi ini kemudiannya didagangkan dengan negeri-negeri agraria Bugis di selatan Sulawesi. Kegiatan ekonomi ini memakmurkan kerajaan Luwuk dan menjadikannya kerajaan paling kuat di tenggara dan barat daya Sulawesi.
Pada awal abad ke 15, Luwuk menguasai Sungai Cenrana yang menghubungi Tasik Besar. Penempatan Luwuk pula terletak di muara sungai Cenrana, manakala di hulu sungai pula terdapat beberapa kerajaan kecil. Luwuk cuba mengekalkan pengaruhnya di bahagian barat, di jalan perhubungan antara Selat Makassar dan Sungai Cenrana melalui Tasik Besar, untuk mengawal perdagangan sumber-sumber asli di sebelah barat, mineral dari pergunungan Toraja dan sumber pertanian sepanjang Sungai Welennae. Walau bagaimanapun, Sidenreng, terletak di bahagian barat Tasik Besar telah memilih untuk berlindung di bawah Soppeng. Pada masa yang sama, daerah Sawitto', Alitta, Suppa', Bacukiki' dan Rappang, juga terletak di sebelah barat, telah membentuk satu konfederasi dinamakan ' Aja'tappareng ' (tanah disebelah barat tasik) sekaligus menyebabkan Luwuk hilang pengaruh di atas kawasan ini.
Luwuk juga turut mengalami saingan daripada beberapa penempatan Bugis lain. Di hulu Sungai Cenrana, terdapat sebuah kerajaan iaitu kerajaan Wajo. Kerajaan ini mula membangun dan menyebarkan pengaruhnya untuk mengawal kawasan sekelilingnya. Pemerintah-pemerintah di kawasan sekeliling Wajo pula di gelar 'Arung Matoa' bermaksud Ketua Pemerintah. Di sebelah selatan pula, Kerajaan Bone, di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sedang meluaskan sempadannya di kawasan pertanian sekaligus membantu ekonomi Bone, menambah kuasa buruh dan kuasa tentera.
Tempoh antara 1500 dan 1530 menyaksikan kerajaan Luwuk mula merosot. Ketika itu, Luwuk diperintah oleh Dewaraja, seorang pahlawan yang hebat. Didalam pertemuan diantara Dewaraja dan Arung Matoa Puang ri Ma'galatung, seorang raja Wajo, pada tahun 1508, Dewaraja bersetuju untuk menyerahkan kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Cenrana kepada Kerajaan Wajo sebagai pertukaran Wajo hendaklah membantu Luwuk menguasai Sidenreng. Apabila Sidenreng berjaya kalah ditangan Luwuk, negeri ini terpaksa menyerahkan kepada Wajo kawasan timur laut dan utara Tasik Besar.
Pada tahun 1509, Luwuk menyerang Kerajaan Bone untuk menyekat kuasa Bone tetapi ketika itu, Bone sudah pun menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan tentera Luwuk mengalami kekalahan. Malahan Dewaraja, walaupun berjaya melarikan diri, hampir dibunuh jika tidak kerana amaran raja Bone kepada tenteranya supaya tidak membunuh ketua musuh Bone. Walau bagaimanapun, Payung Merah milik Luwuk yang menjadi simbol ketuanan tertinggi Bugis berjaya dimiliki Bone sekaligus mengakhiri ketuanan Luwuk di negeri-negeri Bugis. Tetapi, ketuanan Luwu' masih disanjung tinggi dan dihormati oleh kerajaan-kerajaan lain di Sulawesi Selatan. Apabila Dewaraja mangkat, Wajo menyerang Luwuk dan meluaskan pengaruhnya di daerah-daerah Luwuk. Ini membolehkan Wajo menguasai beberapa kawasan-kawasan yang strategik.
Pada Februari 1605, raja Luwuk La Patiwareq Daeng Pareqbung memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Muhammad Wali Muzahir
al-din. Beliau disemadikan di Malangke dan digelar Matinroe ri Wareq yang bermaksud Dia yang bersemadi di Malangke. Sekitar 1620, penduduk Malangke jatuh mendadak apabila pusat pemerintahan Luwuk bertukar ke Palopo.
Ekonomi
Ekonomi kerajaan ini pula adalah berdasarkan industri peleburan bijih besi. Bijih besi didapati dari kawasan tinggi dan dibawa turun ke kawasan dataran pantai Malangke. Di sini, bijih besi yang dileburkan akan ditukang untuk menghasilkan senjata dan peralatan pertanian. Hasil pertukangan ini akan didagangkan ke kawasan selatan Sulawesi.
Lihat Juga