Kerajaan Hasyimiah Hijaz (Arab: المملكة الحجازية الهاشمية, rumi: Al-Mamlakah al-Ḥijāziyyah Al-Hāshimiyyah) ialah sebuah negeri di wilayah Hijaz di Timur Tengah merangkumi Syam dan bahagian barat Semenanjung Arab diperintah oleh dinasti Hasyimiyah. Kerajaan ini merdeka pada Jun 1916 dengan ditumpasnya Empayar Uthmaniyah oleh Empayar British semasa Perang Dunia Pertama apabila Syarif Mekah berperang dalam pakatan dengan pasukan British untuk menghalau tentera Uthmaniyah dari Semenanjung Arab semasa Pemberontakan Arab.
Pada tahun 1925, kerajaan ini ditakluk Kesultanan Najd pimpinan Bani Saud setelah diserang bala tenteranya pada tahun berikutnya membentuk Kerajaan Hijaz dan Najd.[2] Kerajaan gabungan ini disatukan dengan tanah-tanah lain dikuasai bani Saud pada 23 September 1932,mewujudkan negara Arab Saudi yang wujud sehingga hari ini.[2][3]
Senarai penguasa kerajaan
Rujukan
- ^ Cahoon, Ben. "Saudi Arabia". WorldStatesmen.org. Ben M. Cahoon. Dicapai pada 9 April 2021.
- ^ a b Madawi Al Rasheed.
- ^ A Brief overview of Hejaz - Hejaz history