Kepulauan Khazar (bahasa Inggeris: Khazar Islandscode: en is deprecated , Azeri: Xəzər adalarıcode: az is deprecated ), juga dikenali dengan nama Kepulauan Kaspia,[1] merupakan sebuah pulauan buatan yang terletak 25 km (16 mi) di bahagian selatan kota Baku, Azerbaijan. Kepulauan ini terdiri daripada 41 pulau di wilayah seluas 3,000 hektar di Laut Kaspia.[2][3][4] Projek ini dikatakan akan menghabiskan sekitar $100 bilion.
Di kepulauan ini, Avesta (perusahaan yang membina projek ini) akan membangunkan bandar yang dapat didiami oleh 1 juta penduduk dan terdiri daripada 150 sekolah, 50 hospital, dan pusat penjagaan kanak-kanak, taman, pusat membeli-belah, pusat budaya, universiti, litar perlumbaan Formula 1, dan Menara Azerbaijan (akan menjadi yang tertinggi di dunia).[2][3][5] Menara yang menghabiskan pembiayaan $2 bilion itu akan menjadi titik pusat Kepulauan Khazar.[2][3][4]
Semua kemudahan di kepulauan ini akan dapat menahan gempa bumi berskala 9.0 skala Richter.[5][6] Bandar akan dilengkapi dengan 150 jambatan dan lapangan terbang besar untuk menghubungkan kepulauan dengan daratan utama.[2][3][7]
Presiden Avesta Group of Companies, Ibrahimov Ibrahim, memberitahu wartawan bahawa penanam modal dari Amerika Syarikat, Turki, Arab, dan China telah menunjukkan minatnya terhadap projek yang menurutnya serupa dengan "Venesua baru."[1][4][8]
Projek ini dikatakan akan selesai antara tahun 2020 hingga 2025.[7][9][10]