Dalam konteks sastera dan media audiovisual termasuk filem dan televisyen, lingkunganpeminat yang mengikuti perjalanan dua watak dalam sesebuah cerita rekaan cenderung "menjodohkan" kededua watak ini dengan mengandaikan suatu keadaan di mana mereka mungkin menjalinkan suatu hubungan di mana mereka saling kasih-mengasihi (dalam bahasa Inggeris: relationshipping terbitan kata dasar relationship "hubungan", disingkat lanjut kepada shipping).[1][2] Tindak balas begini sering ditonjolkan melalui pengkaryaan cereka dan seni khusus membayangkan hubungan tersebut.