Kementerian Kebudayaan Palestin|
|
Dibentuk | 1994 |
---|
Bidang kuasa | Palestin |
---|
Ibu pejabat | Ramallah, Palestin |
---|
Menteri bertanggungjawab | |
---|
Laman sesawang | www.moc.gov.ps |
---|
Kementerian Kebudayaan Palestin ialah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menggalakkan dan menyokong kegiatan dan daya usaha kebudayaan di Palestin. Ia ditubuhkan pada 1994 susulan pemeteraian Perjanjian Oslo, yang mengiktiraf Pihak Berkuasa Palestin sebagai badan memerintah di wilayah yang diduduki. Menteri semasa ialah Atef Abu Saif.[1]
Kementerian ini bertanggungjawab kepada pembangunan dan pelaksanaan dasar kebudayaan, pemeliaharaan warisan dan tradisi Palestin, dan penggalakan kesenian dan kebudayaan Palestin secara tempatan dan antarabangsa. Ia juga menyokong pembangunan prasarana kebudayaan, termasuk pembinaan muzium, pusat kebudayaan dan dewan teater.[2]
Tugas kementerian termasuklah mengurus acara, festival dan pameran kebudayaan, selain menyediakan sokongan kewangan kepada seniman dan institusi kebudayaan. Ia juga menggalakkan pertukaran dan dialog kebudayaan dengan negara-negara dan kebudayaan lain.[3]
Lihat juga
Rujukan