Kementerian Haji dan Umrah ialah sebuah kementeriaan kerajaan Arab Saudi yang bertugas menangani isu Haji dan Umrah di Kerajaan tersebut. Kementerian ini menjamin ketibaan dan pelepasan para jemaah dan pelawat dengan selamat tiba di Arab Saudi untuk Haji atau Umrah.[1][2] Kementerian Haji dan Umrah diberikan kuasa untuk menangani semua isu berkaitan Haji. Ia kebanyakannya menyelaraskan antara sektor berbeza bekerja untuk pengendalian Haji dan Umrah serta antara agensi berkaitan Haji di negara-negara Islam dan di seluruh dunia.[3] Tambahan pula, Kementerian ini bertanggungjawab dalam rancangan pembangunan, melaksanakan dan mengurus perkhidmatan yang diberi kepada para jemaah dan pelawat Dua Masjid Suci.[3]
Kota Mekah, tempat orang Islam mengerjakan Haji dan Umrah, di bawah kuasa Arab Saudi
Kementerian baru-baru ini melancarkan suatu aplikasi untuk mengeluarkan e-visa untuk pelawat dan jemaah umrah.[4]
Inisiatif strategi
Untuk mencapai matlamat strategi dan sasaran wawasan 2030, Kementerian Haji dan Umrah melancarkan beberapa inisiatif strategi.[5] Inisiatif ini termasuk; penubuhan pusat kawalan elektronik dan sistem di Kementerian Haji dan Umrah untuk membekalkan panel kawalan bagi agensi kerajaan kerjasama.[5] Inisiatif lain ialah pengenalan program e-gelang jemaah Haji yang menyimpan maklumat jemaah dan membantu membekalkan mereka dengan sokongan yang perlu.[6] Kementerian juga meningkatkan muatan Umrah dan hajj di mana lebih daripada 4.1 juta visa telah dikeluarkan pada tahun 2019.[7]
Simposium Haji Agung
Simposium Haji Agung ialah mesyuarat kebudayaan dan saintifik yang diadakan setiap tahun di Mekah semasa musim Haji.[8] Simposium ini dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah dengan penyertaan ulama, ahli mantik, cendekiawan, dan penulis dari dunia Islam.[8]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
Kementerian | |
---|
Presidensi Umum | |
---|
Masjid Suci | |
---|
Hal berkaitan | |
---|
|