Pada 5 Ogos 2010, satu kejadian kemalangan lombong berlaku di Copiapó apabila lombongtembaga dan emas San José dekat Copiapó, Chile, runtuh sehingga menyebabkan 33 orang pekerja terkandas di bawah tanah.[1][2]
Para pelombong yang keruntuhan itu bertahan di bawah tanah selama 69 hari.[3] Kesemuanya 33 orang diselamatkan dan dibawa ke atas permukaan pada 13 Oktober 2010, iaitu orang pertama keluar pada jam 00:10 CLDT 13 Oktober 2010, hingga yang terakhir pada jam 21:55 CLDT.
Lombong San José Mine terletak 45 kilometer (28 bt) di utara Copiapó, di Chile utara. Para pelombong keruntuhan kira-kira 700 meter (2,300 ka) dari permukaan tanah dan berada pada jarak 5 kilometer (3 bt) dari pintu masuk, termasuk celah-celah syaf pintu masuk. Lombong ini digeruni kerana sejarah kegoyahannya yang pernah mengakibatkan kemalangan, termasuk seorang yang maut.[4]
Pengambilan pelombong pertama, Florencio Ávalos, bermula pada hari Selasa, 12 Oktober 2010 pada jam 23:55 CLDT, dengan menggukana kapsul penyelamat Fénix yang mencapai permukaan 16 minit kemudian.[5][6] Pada 21:55 CLDT 13 Oktober 2010, kesemua 33 pelombong berjaya diselamatkan dalam keadaan sihat, kecuali seorang yang menghidap pneumonia, dan lain-lain yang mengalami jangkitan gigi dan masalah kornea.[7]