Kemalangan Washinton Metro 2009 merujuk kepada pelanggaran dua kereta api bawah tanah semasa waktu sibuk 22 Jun 2009 hari Isnin di Northeast, Washington, D.C., A.S. Sebuah kereta api melanggar kereta api satu lagi yang berhenti menyebabkannya ternaik ke atas kereta api tersebut. Punca nahas belum dapat dipastikan lagi namun siasatan awal mendapat ada masalah isyarat pada landasan.[1][2] Kejadian berlaku secara tiba-tiba di laluan Red Line yang sesak pada jam 5 petang waktu tempatan (2100 UTC) di antara stesen Fort Totten dan Takoma.
Perkhidmatan sistem tren Metro itu bermula pada 1976. Pada tahun 1982 3 orang terbunuh selepas tren tergelincir.
Mangsa
Sembilan orang terbunuh dan lebih 70 cedera. Datuk Bandar Adrian Fenty menyifatkan kejadian ini paling buruk dalam sejarah 33 tahun sistem Metro.[3]
Rujukan