Bermula pada Mac 2023 dan peningkatan keamatan sekitar Jun, Kanada telah terjejas oleh siri rekod kebakaran liar yang berterusan. Merupakan musim kebakaran liar yang paling teruk dalam sejarah Kanada,[1] kebakaran kali ini telah menjejaskan semua provinsi dan wilayah Kanada kecuali Nunavut.
Sehingga 5 Jun 2023, 2,214 kebakaran telah memusnahkan 43,000 kilometer persegi (10,600,000 ekar),[2] dan sehingga 6 Jun, terdapat 413 kebakaran liar yang aktif di mana 249 daripadanya dianggap "di luar kawalan".[3]Asap yang dihasilkan daripada kebakaran itu telah menyebabkan amaran mutu udara dan pemindahan di Kanada, Amerika Syarikat serta Eropah.
Latar belakang
Secara umumnya, jumlah kebakaran liar telah berkurangan manakala jumlah kawasan terbakar meningkat, walaupun terdapat kebolehubahan di antara tahun.[4] Di Kanada, musim kebakaran liar biasanya bermula pada bulan Mei.[5]
Kira-kira separa daripada semua kebakaran hutan di Kanada disebabkan oleh kilat; disebabkan oleh perubahan iklim, sambaran petir berlaku lebih kerap.[4][6] Perubahan iklim itu juga menyebabkan cuaca menjadi lebih hangat dan kering, meningkatkan risiko kebakaran hutan kerana tumbuh-tumbuhan lebih mudah terbakar.[4][7][8] Wind further exacerbated the issues.[9] Tiupan angin turut memburukkan lagi keadaan. Menteri Keselamatan Awam Kanada Bill Blair berkata: "Disebabkan oleh perubahan iklim, kejadian cuaca melampau serupa mungkin terus meningkat bagi kedua-dua kekerapan dan keterukan di seluruh negara kita."[10] Pencemaran akibat peningkatan kebakaran hutan di seluruh dunia telah mewujudkan dampak jangka panjang yang meluas terhadap kesihatan manusia.[11]
^"Wildfires Rage in Western Canada" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Satelit, Data dan Maklumat Alam Sekitar Kebangsaan. 11 Mei 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2023. Dicapai pada 9 Jun 2023.