Setakat 18 Ogos 2016[ruj], kejadian ini telah menyebabkan 31,600 ekar (1.38×109 ka2) kawasan terbakar.[2] Amaran bendera merah juga telah dikeluarkan dengan suhu sekitaran menghampiri 100 °F (38 °C) dan tiupan angin sehingga 30 miles per jam (48 km/j).[3]
Kejadian
Sejurus selepas kebakaran berlaku, proses pemindahan dilakukan bagi masyarakat sekitar Lembah Cajon Barat, Lytle Creek, Ngarai Lone Pine dan Ngarai Swarthout.[3] Ketika jam 3:00 pada 16 Ogos, kurang daripada 6 jam kebakaran bermula, ia telah merebak ke barat sehingga meliputi kawasan seluas 5,500 ekar (2,200 he) dan ini memaksa arahan pemindahan wajib dikeluarkan untuk kebanyakkan kawasan di Perbukitan Oak, Phelan dan Lembah Summit.[4]
Pada hari Khamis (18 Ogos), api telah merebak sehingga 31,600 ekar (1.38×109 ka2) dan memaksa lebih 82,000 orang penduduk untuk berpindah.[5] Pemindahan tersebut memberi kesan kepada anggaran 34,500 orang penduduk. Satu bahagian Lebuh Raya Antara Negeri 15 masih ditutup.
Dua anggota bomba juga telah dihantar ke hospital pada pagi Rabu selepas terperangkap ketika melindungi beberapa rumah di Ngarai Swarthout.[6]
Dalam sidang media pada hari Rabu, komander bagi pencegahan insiden tersebut, ketua batalion Michael Wakoski mengatakan bahawa Genting Cajon bertindak sebagai terowong angin semula jadi, yang mampu menghasilkan satu corong bagi meningkatkan kelajuan angin sehingga 20–30 miles per jam (32–48 km/j).[7] Angin ini menyebabkan api untuk merebak ke utara sehingga sejauh setengah batu.[7]
Kesan
Disebabkan penyebaran api yang pantas, pegawai bomba telah mengarahkan proses pemindahan wajib kepada lebih 82,000 orang penduduk termasuklah di Wrightwood, California.[8] Summit Inn, sebuah restoran yang telah dibina pada 1952 di tepi Laluan 66 Amerika Syarikat juga terbakar.[9]
Pada hari Selasa (16 Ogos), Jabatan Pengangkutan California (CalTrans) telah menutup Lebuh Raya Antara Negeri 15 yang melalui kawasan Genting Cajon.[10] Lebuh raya tersebut merupakan laluan utama bagi perjalanan di antara Los Angeles dan Las Vegas.