Kebaikan bersama (common good atau general welfare) merujuk kepada sebarang apa tujuan yang dikongsi dan dimanfaatkan dalam sesebuah masyarakat,[1] ataupun juga, pencapaian yang diraih melalui kewarganegaraan, tindakan kolektif, dan penglibatan aktif dalam dunia politik serta perkhidmatan awam. Konsep ini berbeza secara ketaranya mengikut doktrin falsafah yang sedia ada.[2]