Gash-Barka (Tigrinya: ጋሽ-ባርካ, Itali: Regione di Gash-Barka) merupakan kawasan pentadbiran Eritrea. Ia terletak di barat daya negara, bersempadan dengan kawasan Anseba di utara, dan kawasan Maekel (Tengah) dan Debub (Selatan) di timur; negara Sudan terletak di barat dan Habsyah di selatan.
Ibu kota Gash-Barka ialah Barentu. Bandar lain termasuk Agordat (bekas ibu negara), Molki, Sebderat dan Teseney. Sehingga tahun 2005, kawasan ini mempunyai populasi 708,800 berbanding dengan populasi 625,100 pada tahun 2001.[perlu rujukan] Kadar pertumbuhan bersih ialah 11.81 peratus.
Rujukan