Kashiwazaki (柏崎市; Kashiwazaki-shi) terletak di wilayah Niigata, Jepun, kira-kira 200 km di barat laut ibu negaranya Tokyo.
Dari segi sejarah, bandar ini diasaskan pada 1 Julai 1940. Pada 1 April 2005, penduduknya dianggarkan seramai 95,409 orang dengan kepadatan 216.17 setiap km persegi. Luas bandar ini ialah 440.55 km².
Pada 16 Julai 2007, bandar ini terjejas oleh gempa bumi yang berlaku di perairan Kashiwazaki dengan kekuatan 6.8 magnitud. Ia membunuh sekurang-kurangnya 8 orang dan mencederakan 700 yang lain. Ia juga menyebabkan keputusan bekalan elektrik, amaran tsunami dan kebakaran serta kebocoran di Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa.
Perayaan
Kashiwazaki menjadi lokasi utama beberapa acara besar seperti Pesta Kaze no Jin setiap bulan Mei, Pesta En Ma Ici pada bulan Jun dan Pesta Gion pada bulan Julai.