Karen Wetterhahn (16 Oktober 1948 - 8 Jun 1997) merupakan seorang profesor kimia di Kolej Dartmouth, New Hampshire dan merupakan pakar dalam bidang pendedahan logam beracun. Beliau meninggal dunia ketika 48 tahun akibat pendedahan pada dimetilmerkuri (Hg(CH3)2), sejenis sebatian organik merkuri secara tidak sengaja ketika menjalankan kajiannya.