São Paulo dilancarkan pada 19 April 1909 dan ditauliahkan pada 12 Julai 1910. Tidak lama selepas itu, kapal ini terlibat dengan Pemberontakan Cemeti (Portugis: Revolta de Chibata), suatu peristiwa dahagi oleh anak-anak kapal empat buah kapal tentera laut yang disebabkan gaji rendah dan hukuman berat mahupun untuk kesalahan kecil.