Rencana ini mengenai kelas kapal selam Soviet/Rusia dengan nama pengenalan NATO "Akula". Untuk kelas kapal selam dengan nama asli dalam bahasa Rusia "Akula" (Акула), sila lihat kapal selam Kelas Typhoon.
Terdapat tiga sub-kelas bagi Shchuka, yang terdiri dari tujuh buah kapal selam asal "Akula I" yang dibina antara tahun 1982 sehingga 1986, lima buah kapal selam "Akula Dipertingkat" yang dibina pada tahun 1986 sehingga 1991, dan dua buah kapal selam "Akula II" yang dibina pada tahun 1991. Perbezaan di antara sub-kelas Akula Dipertingkat dengan Akula II menjadi perdebatan oleh beberapa sumber[perlu rujukan]. Walaupun begitu, penamaan Rusia bagi kesemua kapal selam ini adalah Schuka-B, tidak kira apa jua pengubahsuaian yang dilakukan[perlu rujukan].
Reka bentuk
Badan kapal selam Akula dibina dengan sistem dua lapisan iaitu bahagian dalaman bertekanan dan bahagian luar badan yang ringan. Ini memberikan lebih kebebasan dalam rekaan luaran pada bentuk badan kapal, memberikan ia lebih keapungan berbanding rekaan analog yang dibina oleh pihak barat.
Pada bahagian kemudinya terdapat bebuli yang berfungsi sebagai ruang simpanan alat tatasusun sonar (sonar array) yang boleh ditunda. Akula dilengkapi oleh sistem pengesan berjaga dengan sensor hidrodinamik yang mampu mengesan perubahan suhu dan tahap kemasinan air. Sistem ini dipasang pada bahagian depan dan belakang layar serta pada bahagian sisi dan depan bingkai badan kapal.[2]