"Kamu Kamu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Wani Kayrie. Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Ziin dan lirik ditulis oleh Jerry dan dikeluarkan pada 25 Mac 2022 oleh Rocketfuel Entertainment.[1][2]
Penerbitan
Menurut Wani Kayrie, "Kamu Kamu" ialah "interpretasi saya yang mahu mencuba pelbagai genre muzik. Dalam berkarya, saya mahu mencuba semuanya agar tak ada yang terlepas!".[1]
Proses rakaman lagu ini mengambil masa selama 2 jam dan berjaya disiapkan oleh Wani kerana beliau terlebih dahulu telah membuat persiapan yang secukupnya, dan komposer, Ziin, banyak membantunya dalam memberi idea dari segi nyanyian.[1]
Lagu ini berkisarkan kerinduan seseorang terhadap pujaan hatinya yang tiada di depan matanya, kesetiaan dalam menantikan kepulangan pujaan hatinya itu terbawa sehingga ke dalam mimpi. Namun dia terus berharap agar pujaan hatinya itu kembali padanya.[1]
Muzik video
Sebuan muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini dan dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Rocketfuel Entertainment.[1][3]
- Muat turun digital[4]
- "Kamu Kamu" – 3:04
Sejarah keluaran
Rujukan