Kampung Teluk Layang, Sabah

Kampung Teluk Layang, Sabah
Kampung Layang Besar
Kampung Teluk Layang Besar
Kampung Teluk Layan
Perkampungan
NegaraMalaysia
NegeriSabah
DaerahLikas, Kota Kinabalu
Didirikan2013

Kampung Teluk Layang ialah sebuah perkampungan di Sabah, Malaysia. Ia terletak dalam daerah Kota Kinabalu, di pesisir pantai menghadap Laut China Selatan. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama lain, seperti Kampung Layang Besar dan Kampung Teluk Layan.

Kampung ini diduduki oleh pendatang tanpa izin dan penduduk tempatan.[1] Ia turut diduduki oleh penduduk tanpa negara.[2] Etnik utama yang menduduki kampung ini ialah Bajau Laut atau Pala'u yang nomad.[3] Setakat tahun 2000, bilangan penduduk ialah seramai 979 orang dengan 215 buah rumah setinggan.[4]

Sebuah pusat pendidikan untuk anak tanpa negara telah didirikan di kampung ini dengan nama Sekolah Alternatif Teluk Layang.[5][6] Pengajiannya bermula sejak 2016, tetapi bangunan khas pusat pendidikan itu dibina pada 2019.[7]

Pada 2015, seekor lumba-lumba Risso telah ditemui di perairan kampung oleh nelayan. Mamalia itu kemudiannya dibawa ke Pusat Pembangunan Luar Universiti Malaysia Sabah oleh kumpulan penyelamat dari Institut Penyelidikan Marin Borneo selepas dihubungi.[8]

Rujukan

  1. ^ "Illegal Houses Near State Assembly to Be Demolished". www.propertyhunter.com.my. Dicapai pada 2024-10-15.
  2. ^ Aqilah, Ili (2024-06-12). "NGO Sabah bina sekatan halang perobohan rumah penduduk". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-10-15.
  3. ^ "26/11/2014:DBKK Roboh 38 Rumah Setinggan Di Belakang Bangunan DUN Likas". BERITA EHWAL SEMASA, RTM KOTA KINABALU. 2014-11-26. Dicapai pada 2024-10-15.
  4. ^ Dollah, Ramli & Idris, Rizal & Abd Hamid, Fazli. (2004). Jenayah dan Perbandaran : Kajian Awal Keatas Jenayah Di Kalangan Pendatang Asing di Kota Kinabalu, Sabah.
  5. ^ Admin (2022-12-07). "Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif Teluk Layang: 'Akses Pendidikan untuk Semua' (Bahagian 1)". HIVE Educators | Cultivating teacher-scholars (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-17.
  6. ^ Undong, Salam (2022-10-26). "Sekolah Alternatif Tawau, Anjur Konvokesyen Pertama". TawauKini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-15.
  7. ^ Lim, Chelsea Justalianus (2020-01-10). "Sekolah untuk anak tanpa kerakyatan bawa bekalan air buat penduduk kampung Sabah". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-10-15.
  8. ^ BPK), Faezah Mohamad Dun (Seksyen Komunikasi Strategik (2015-12-02). "Found Dolphin Brought to UMS ODEC". www.ums.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-17.