Kabinet Indonesia Bersatu ialah kabinet pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Indonesia. Kabinet ini dibentuk pada 21 Oktober 2004 dan akan wujud selama lima tahun sehingga tahun 2009. Pada 5 Disember 2005, Presiden Yudhoyono mengadakan sebuah rombakan kabinet yang melibatkan sesetengah menterinya.
Susunan kabinet
Menteri Koordinator
Menteri Departmen
Menteri Negara (Menneg)
Pejawat setingkat menteri
Rombakan kabinet
Pada 2 Disember 2005, Presiden Yudhoyono buat pertama kali mengumumkan sebuah rombakan kabinet. Para pemerhati politik menganggap bahawa yang paling lemah kedudukan mereka ialah menteri-menteri dalam bidang ekonomi kerana dinilai kurang berhasil menjaga kestabilan ekonomi Indonesia.
Kemudian pada 5 Disember, Presiden Yudhoyono mengumumkan sebuah rombakan terhad, dengan tiga orang baru menyertai kabinet, iaitu Boediono, Paskah Suzetta, serta Erman Suparno , dan tiga orang menteri, iaitu Jusuf Anwar, Andung Nitimihardja, serta Alwi Shihab dipecat dalam rombakan kabinet tersebut. Jawatan tiga orang menteri, iaitu Aburizal Bakrie, Sri Mulyani, dan Fahmi Idris, digantikan. Pelantikan para menteri baru tersebut diadakan pada 7 Disember.
Lihat juga