KL Menjerit The Series

KL Menjerit The Series
GenreDrama, aksi
Berdasarkan daripada
KL Menjerit karya Bade Hj. Azmi
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Februari 2008 – 4 April 2008

KL Menjerit The Series ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2008 arahan Fairuz Loy, dengan skrip oleh Farhana Fauri terbitan bersama Tayangan Unggul dan Hadir Dinamik. Diadaptasi dari filem KL Menjerit (2002) dan KL Menjerit 1 (2005), siri ini disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Februari hingga 4 April 2008.[1]

Pelakon

Penerbitan

Biarpun diilhamkan daripada dua filem KL Menjerit, namun jalan ceritanya tidak kena mengena langsung dengan kedua-dua filem itu. Jalan cerita telah disesuaikan untuk siri ini, namun masih berkisar kepada dunia Mat Rempit dan lumba haram.[2]

Untuk versi drama, watak Shahrol yang dilakonkan oleh Rosyam Nor dalam dua filem KL Menjerit, telah dilakonkan oleh Adi Putra.[3] Manakala, watak Ayu yang dilakonkan oleh Lisdawati dalam KL Menjerit dilakonkan oleh Ayu Raudhah untuk versi drama.

Skrip drama ini ditulis oleh Farhana Fauri dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penasihat penerbitan, manakala Fairuz Loy berkhidmat sebagai pengarah.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Drama terunggul". Metro Ahad. 17 Februari 2008. Dicapai pada 6 Januari 2020.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (5 Februari 2008). "Nabila belum bersedia". Harian Metro.
  3. ^ Nor Akamr Samudin (7 Mei 2008). "Gerun ambil watak Shahrul". Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2020.