Junior Aparecido Guimaro de Souza

Juninho
Maklumat peribadi
Nama penuh Junior Aparecido Guimaro de Souza
Tarikh lahir (1989-05-28) 28 Mei 1989 (umur 35)
Tempat lahir São Paulo, Brazil
Posisi permainan Tengah, Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuala Lumpur
Nombor 7
Kerjaya remaja
2004–2005 Marília Futebol Clube
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 São Paulo 123 (49)
2010–2011 Cuiabá 78 (26)
2012 Botoșani 14 (1)
2012BBCU (pinjaman) 7 (6)
2013 Phuket 18 (7)
2013TOT (pinjaman) 10 (4)
2014 Selangor 7 (1)
2015 TOT 4 (0)
2015 Avaí 4 (0)
2016 Sarawak 20 (7)
2017 Boa 1 (0)
2018– Kuala Lumpur 11 (1)
Pasukan kebangsaan
2010 Brazil B-23 3 (0)
2015–2016 Timor-Leste 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Julai 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Januari 2014

Júnior Aparecido Guimaro de Souza[1] atau Juninho (lahir 28 Mei 1989), adalah pemain bola sepak dari Brazil yang kini bermain dengan Kuala Lumpur sebagai pemain tengah.[2]

Karier

São Paulo

Juninho memulakan karier dengan kelab Sao Paulo pada usia 16 tahun, seterusnya menandatangani kontrak pada usia 17 tahun dan mengetuai skuad belia Sao Paulo memenangi Copa de Juvenil. Membuat penampilan sulung bagi skuad senior pada 1 Feb 2006, Juninho seterusnya menjaringkan 49 gol dalam 123 penampilan, selain membantu Sao Paulo memenangi satu-satunya kejohanan Torneio Rio-Sao Paulo, di mana Juninho menjaringkan kedua-dua gol pada perlawanan akhir menentang Botafogo yang berkesudahan dengan jaringan 2-1.

Cuiabá Esporte Clube

Selepas bersama Sao Paulo, Juninho berpindah ke Cuiabá Esporte Clube yang bermain di dalam Campeonato Brasileiro Série C. Juninho menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ini pada 18 Mei 2010 pada perlawanan menentang Rio Franco di Estádio Presidente Eurico Gaspar Dutra, stadium tuan rumah Cuiabá Esporte Clube. Juninho bermain sebanyak 78 perlawanan dan menjaringkan 28 gol, sebelum kontraknya tamat.

FC Botoșani

Juninho menandatangani kontrak setahun dengan kelab Romania, FC Botoșani[3], membuat 14 penampilan dan menjaringkan hanya 1 gol dalam Liga I.

BBCU F.C.

Juninho membuat kejutan apabila berpindah secara pinjaman ke BBCU F.C. yang bermain di dalam Liga Perdana Thai. Sepanjang tempoh pinjaman, Juninho bermain dalam 7 perlawanan, menjaringkan 6 gol.

Phuket FC

Juninho meneruskan karier di Thailand dengan menyertai Phuket FC yang bermain di dalam Liga Divisyen 1 Thai pada 2013 selepas kontraknya bersama FC Botoșani ditamatkan. Juninho membuat penampilan sulung dalam kemenangan 3-2 menentang Sriracha F.C. di tempat lawan, sebelum menjaringkan gol pertama peribadi bagi kelabnya pada 5 Mac 2013 menentang Krabi F.C. di Surakul Stadium. Juninho meneruskan musim bersama Phuket FC dengan menjaringkan 7 gol di dalam 18 perlawanan, sebelum berpindah ke TOT S.C. yang bermain di dalam liga yang sama bagi separuh kedua musim berkenaan. Juninho menamatkan musim 2013 dengan bermain dalam 28 perlawanan, menjaringkan 11 gol.

Selangor FA

Juninho menyertai Selangor FA[4] yang bermain di dalam Liga Super Malaysia pada awal musim 2014, dengan kontrak selama 2 tahun. Juninho menjaringkan gol pertama peribadi untuk kelabnya[5] di dalam perlawanan Piala FA Malaysia menentang Harimau Muda C di Stadium MBPJ, apabila bola sepakannya gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Harimau Muda C[6].

Rujukan

  1. ^ http://www.etminanbrazil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=64:junior-aparecido&catid=50:midfield-offensive&Itemid=57
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-17. Dicapai pada 2014-01-23.
  3. ^ http://www.transfermarkt.com/en/juninho/leistungsdaten-vereindetail/spieler_143112_2403.html
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2014-01-23.
  5. ^ http://www.themalaymailonline.com/sports/article/selangor-rely-on-samba-magic
  6. ^ http://www.youtube.com/watch?v=fHekk1j8YrA