Juan Carlos I (nama penuh Juan Carlos Alfonso Víctor María de Borbón y Borbón-Dos Sicilias, diputerakan 5 Januari 1938) merupakan Raja Sepanyol.
Diktator Sepanyol Francisco Franco menamakan Juan Carlos sebagai ketua negara berikutnya pada 1969.[2] Beliau menjadi raja pada 22 November 1975, dua hari selepas kematian Franco, menjadi raja pertama sejak 1931. Tidak lama selepas penabalan, Juan Carlos memperkenalkan pembaharuan yang merungkai rejim Franco dan memulakan peralihan Sepanyol ke demokrasi. Ini membawa kepada penerimaan Perlembagaan Sepanyol 1978 dalam satu pungutan suara, yang mengasaskan sistem raja berperlembagaan di negara itu.
Pada 2 Jun 2014, baginda mengumumkan penurunan takhta baginda untuk diwarisi kepada puteranya Felipe.[3] Surat cara makzul dijangka berkuatkuasa pada Jun 2014.[4]
Keputeraan
Baginda diputerakan di Roma, Itali kepada Putera Juan de Borbón dan Puteri María de las Mercedes dari Borbón dan Orleans; kerabat baginda hidup dalam pembuangan selepas Raja Alfonso XIII digulingkan dalam rampasan kuasa mendorong pengisyitharan Republik Sepanyol Kedua.
Semasa zaman Franco
Pemerintahan
Pemakzulan
Pembuangan diri
Pada 3 Ogos 2020, pihak Istana Zarzuela mengumumkan pernyataan baginda membuang diri dari Sepanyol berikutan tekanan media terhadap urusan perniagaan dengan kerajaan Arab Saudi terhadap pemerolehan landasan kereta api Haramain yang turut disebutkan kepada anakandanya;[5][6] baginda sudah lama berangkat keluar dari Sepanyol sebaik surat ini mendapat khabar orang ramai.[7]
Rujukan
Pautan luar