Joseph Louis Gay-Lussac (6 Disember 1778 – 9 Mei 1850) ialah seorang ahli kimia dan fizik Perancis. Beliau terkenal kerana mendapati bahawa air terdiri daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen bersama-sama Alexander von Humboldt. Selain itu, beliau menerbitkan dua hukum berkaitan gas serta mengkaji tentang campuran air dan alkohol yang menjadi asas kepada darjah Gay-Lussac.
Pencapaian
Pada 1802, beliau menerbitkan hukum pertamanya, Hukum Gay-Lussac atau hukum tekanan yang menyatakan bahawa tekanan gas, p akan meningkat sekiranya suhu mutlak gas, T bertambah, dengan isi padu serta jisim adalah malar. Hukum ini ditulis dengan persamaan p = kT, dengan k ialah pemalar gas.[1]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Kamus biografi | |
---|
Pangkalan data saintifik | |
---|
Lain-lain | |
---|