George Kusunoki Miller (ジョージ・楠木・ミラーcode: ja is deprecated , Jōji Kusunoki Mirā, lahir 18 September 1992[2]), dikenali dengan nama artis Joji serta dahulunya Filthy Frank and Pink Guy, ialah seorang penyanyi, penyanti rap, pelawak, dan bekas YouTuber asal Jepun.
Miller memulakan kerjaya YouTube-nya pada 2011 sejurus selepas berpindah ke Amerika Syarikat, dan mendapat pengiktirafan kerana menggambarkan watak aneh di saluran satira TVFilthyFrank, TooDamnFilthy, dan DizastaMusic.[10] Saluran yang menampilkan hip hop komedi, bebelan, cabaran yang melampau, serta persembahan ukulele dan tarian,[11] dan terkenal dengan babak lawak kejutan dan viraliti yang prolifik. Video Miller membantu mempopularkan Harlem Shake yang menyumbang kepada kejayaan komersial lagu Baauer dengan nama yang sama, dan membawa kepada penghasilan meme dan kerjasama dengan para YouTuber.[12][13] Sebagai Pink Guy, Miller mengeluarkan dua album studio komedi dan EP antara 2014 dan 2017.
Pada akhir 2017, Miller bersara sebagai YouTuber untuk meneruskan kerjaya muzik di bawah nama Joji.[14][15] Album sulungnya, Ballads 1, dikeluarkan pada 2018 dan menampilkan single "Slow Dancing in the Dark". Album keduanya, Nectar (2020), mengandungi single "Sanctuary" dan "Run". Pada tahun 2022, beliau mengeluarkan single tersenarai carta Billboard Hot 100 Amerika, "Glimpse of Us", lagu dengan rating tertinggi miliknya.[16]
Kehidupan awal
George Kusunoki Miller dilahirkan di Osaka, Jepun.[3] Bapanya orang Australia dan ibunya orang Jepun.[17] Beliau menghadiri Akademi Kanada, sebuah sekolah antarabangsa di Kobe, Jepun, di mana beliau menamatkan pengajian pada tahun 2012.[5] Pada usia 18 tahun, beliau meninggalkan Jepun dan berhijrah ke Amerika Syarikat.[18]
Legasi dan kesan
Rancangan Filthy Frank Miller telah memberi impak yang mendalam terhadap budaya internet, dan bertanggungjawab dalam penciptaan banyak meme internet.[19] Konten-konten Miller telah dipuji sebagai "perlambangan keganjilan."[19]
Video Miller mempunyai kesan yang meluas, termasuk memulakan kegilaan tarian tular yang dikenali sebagai Harlem Shake pada tahun 2013, dan bertanggungjawab secara langsung untuk debut lagu "Harlem Shake" oleh Baauer dalam carta Billboard Hot 100.[12][13] Rakan YouTuber, Ethan Klein (juga dikenali di bawah alias h3h3Productions), menyifatkan Miller sebagai "YouTuber terhebat sepanjang zaman" dalam temu bual 2017 dengan First We Feast.[20]
^ ab"CA Review Fall 2012". Canadian Academy. m/s. 4–5. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada 16 Januari 2017 – melalui Issuu.