John Jacob "Jack" Astor IV (13 Julai 1864 – 15 April 1912) adalah seorang ahli perniagaan Amerika, pembina hartanah, pelabur, pencipta, penulis, letnan kolonel dalam Perang Sepanyol-Amerika, dan seorang ahli keluarga Astor yang terkenal.
Astor meninggal semasa tenggelamnya kapal RMS Titanic pada awal pagi 15 April 1912. Dia adalah antara 1,514 orang yang tidak terselamat.[2] Dia adalah penumpang terkaya di Titanic dan dianggap sebagai antara orang terkaya di dunia pada masa itu, dengan nilai bersih hampir $87 juta ketika dia meninggal (bersamaan dengan $1.97 bilion pada 2016).[1][3]